Monday, 10 September 2012

Bermulanya perjuangan di UKM..

Assalamualaikum,
Harini aku telah memegang gelaran sebagai mahasiswi di UKM. Sememangnya susah nak percaya. Sampai harini pun terasa macam bermimpi. Yela, aku ni pun belajar takdelah pandai mane..kalau nak dibandingkan dengan budak-budak lain yang lebih terer daripada aku ni..
Mula-mula macam pikir beribu kali jugak sama ada nak masuk ke tak kt sini, tapi lepas aku tanye ramai orang termasuk la family dengan kawan baik aku, semua cakap masuk jela UKM. Honestly aku gerun memikirkan macam2 yang bakal terjadi tatkala mengiktiraf diri aku sebagai mahasiswi UKM. Tapi ape yang aku cuba belajar sekarang ni ialah... cuba  untuk terima dan redha dengan semua ape yang berlaku. Semoga Allah memberikan aku kemudahan dalam menempuhi jalan yang telah diberikan ini..
 Bak kata pepatah, memang bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Jadinye, aku cuba la setakat yang termampu. Doa yang tak pernah putus-putus menjadi penguat semangat aku sekarang ni. InsyaAllah. "Sesungguhnya tiada sesuatu yang mudah melainkan Engkau jadikan ia mudah, yang sukar itu menjadi mudah, dan yang mudah itu menjadi lebih mudah.