
Bermulanya perjuangan di UKM.
Sunday, 23 December 2012
Facebook dan sejarahnya !

kartun..kartun..kartun... :)
Semua masa kecik-kecik dahulu suke tengok kartun kan? Cuma kartun pada masa kini menggunakan bahasa yang agak kasar dan kadangkala kurang sopan.Mungkin sejak dulu-dulu lagi ketika zaman Sang Kancil dan Monyet, Kampung Boy, Kluang Man, Usop Sontorian dan Anak-Anak Sidek tidak ada langsung individu yang prihatin tentang masalah bahasa sehinggalah zaman kegemilangan Upin dan Ipin pada hari ini. Tak peduli dan tak nak ambik tau dan terus biarkan kartun-kartun bahasa Melayu ini bercakap kurang sopan. Sama juga kisahnya dengan siri kartun 2D pada hari ini seperti Bola Kampung yang masih juga menggunakan AKU dan KAU.
Kata ganti diri AKU dan KAU dalam siri kartun sejak dari dulu.
Cuba kita lihat pula Saladin: The Animated Series (yang juga dapat duit geran kerajaan – yay!) Animasi 3D nya jauh lebih lancar dan cantik. Memang agak melampau kalau aku katakan kat sini yang kualiti gambar Saladin memang dah semakin hampir dengan kualiti Pixar (ya, memang melampau!) Tapi serba-serbinya nampak lebih halus dan cantik. Perbandingan yang paling mudah dapat dilihat ialah bagaimana watak-watak ini berjalan. Bandingkan Upin dan Ipin yang berjalan terkedek-kedek dan terhinjut-hinjut dengan Saladin yang berjalan atau berlari menyepak musuh dengan lebih lancar dan cantik pergerakannya.
Namun siri Saladin ini juga walaupun telah dialih bahasa ke BM, masih menggunakan AKU, KAU dan kadang-kadang KAMU. Apa yang paling sedih dan mendukacitakan ialah kenapa siri kartun import yang ditayangkan di Disney Channel, Nickelodeon, Cartoon Network malah TV9 seperti Spongebob Squarepants, The Fairly OddParents, Dora the Exporer, The Adventures of Jimmy Neutron, The Garfield Show, Courage the Cowardly Dog, The Amazing World of Gumball, Ben 10: Ultimate Alien juga Mr. Bean – Animated Series serta Doraemon, Crayon Shin Chan dan berpuluh-puluh lagi boleh pula menggunakan SAYA dan AWAK setelah dialih bahasa? Apa yang menyebabkan siri kartun terbitan luar negara ini boleh menggunakan SAYA dan AWAK sedangkan Upin dan Ipin serta rakan-rakannya yang lain masih berbangga berkomunikasi menggunakan AKU dan KAU?

chocolate indulgence, Secret Recipe!
Saya tahu kadang-kadang orang tidak suka kek keju kerana bau keju adalah agak kuat. Tetapi kemudian jika selepas menikmati kek keju, terdapat suatu perasaan yang benar-benar sedap tidak terhingga.. :)
Chocolate Indulgence ($ 4,90)
Berkrim dan kaya couventure coklat Belgium. Semestinya yang lazat, mewah, dan menggembirakan. Indulgensi Coklat pastinya berbaloi harganya dengan saiznya. Sajian yang padat membuat beberapa kek di restoran-restoran lain kalah dalam perbandingan. Tetapi kemudian anda mengatakan kuantiti bukan sahaja, kualiti adalah lebih penting. Ahh, ya memang, dan saya boleh memberi jaminan kek coklat di sini mempunyai kualiti yang cukup. Pada $ 4,90 keping, ia sememangnya benar-benar memikat hati!

Bumi kita..
Bumi adalah planet yang ke-5 terbesar di dalam sistem suria dan ia juga merupakan planet yang merumahkan kepelbagaian hidupan termasuk kami sebagai manusia. Lebih-lebih lagi, bumi juga menjadi asas untuk manusia membina dan mencipta pelbagai jenis bangunan, kenderaan dan sebagainya. Bumi secara keseluruhannya, adalah planet yang merumahkan berbilion penduduk manusia dan haiwan dan juga bandaraya yang sentiasa maju. Oleh itu, pernahkah anda berfikir; berapa beratkah planet Bumi?
Tahukah Anda?
- Planet Bumi mempunyai populasi sebanyak 7,000,000,000 (7 bilion) orang
Sebelum kita menangani soalan itu, marilah kita belajar sedikit tentang ‘berat’. Berat sebenarnya adalah kesan daya tarikan graviti terhadap sesuatu objek. Bumi mempunyai daya tarikan graviti yang menyebabkan semua objek dan benda hidup tertarik kepada permukaan bumi. Jika tarikan graviti tidak wujud, kami semua akan terapung di ruang udara kerana tiada daya yang menolak kita kepada permukaan bumi.

ISLAM agama yang indah

Pulau Langkawi, Malaysia.
Adakah anda seorang yang gemar melancong? Mari mengetahui salah satu tempat pelancongan menarik yang terdapat di Malaysia iaituPulau Langkawi,adalah satu pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia. Kepulauan Langkawi terdiri dari 65 daripada gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semanjung Malaysia, kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah. Pulau yang dikenali ramai ialah Pulau Langkawi. Pulau Langkawi mempunyai warisan yang begitu unit dan penuh dengan cerita hikayat perwira,burung raksasa, dan puteri jelita dari kayangan. Langkawi dianggap syurga tropika yang mekar dengan tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang terpelihara, Langkawi wujud dengan tidak ada tolok bandingnya di antara kepulauan yang sedia ada di Asia Tenggara. Dengan sejarah alamnya bermula dari 500 juta tahun dahulu, pulau ini terdiri dari rangkaian batu-batan yang unik dan merangsangkan imaginasi pengunjung dengan penuh tanda tanya. Gua-gua dihiasi indah oleh rangkaian 'stalaktit'dan 'stlagmit' menjemput mereka yang berani untk menjelahi gua-gua tersebut. Pantai di Langkawi yang bersih, cuaca yang terang dan ceria sesuai untuk pecinta alam menikmati keindahan laut sambil bersantai dan menjalankan aktiviti sukan laut yang mengasyikkan.

Ustaz Azhar Idrus

Subscribe to:
Posts (Atom)