Sunday, 23 December 2012
Pulau Langkawi, Malaysia.
Adakah anda seorang yang gemar melancong? Mari mengetahui salah satu tempat pelancongan menarik yang terdapat di Malaysia iaituPulau Langkawi,adalah satu pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia. Kepulauan Langkawi terdiri dari 65 daripada gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semanjung Malaysia, kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah. Pulau yang dikenali ramai ialah Pulau Langkawi. Pulau Langkawi mempunyai warisan yang begitu unit dan penuh dengan cerita hikayat perwira,burung raksasa, dan puteri jelita dari kayangan. Langkawi dianggap syurga tropika yang mekar dengan tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang terpelihara, Langkawi wujud dengan tidak ada tolok bandingnya di antara kepulauan yang sedia ada di Asia Tenggara. Dengan sejarah alamnya bermula dari 500 juta tahun dahulu, pulau ini terdiri dari rangkaian batu-batan yang unik dan merangsangkan imaginasi pengunjung dengan penuh tanda tanya. Gua-gua dihiasi indah oleh rangkaian 'stalaktit'dan 'stlagmit' menjemput mereka yang berani untk menjelahi gua-gua tersebut. Pantai di Langkawi yang bersih, cuaca yang terang dan ceria sesuai untuk pecinta alam menikmati keindahan laut sambil bersantai dan menjalankan aktiviti sukan laut yang mengasyikkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment