Sunday, 23 December 2012
Save Palestin!
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka. Barang siapa yang cuba menghampakan mereka, tidak sekali-kali akan dapat melukakan mereka mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka, sehingga datang keputusan Allah, dan mereka akan tetap sedemikian. Maka para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, di manakah mereka ini?" sabda Baginda: "Mereka berada di Baitulmaqdis dan sekitar Baitulmaqdis."
Kewajipan Keluarga Arab dan Muslim Dengan Isu Palestin
Pertama: Pendidik
Meningkatkan pengetahuan tentang Palestin (geografi, sejarah, dll).
Meningkatkan pengetahuan tentang penceroboh Zionis; mereka adalah manusia yang paling memusuhi kita.
Mengetahui kedudukan Baitul Maqdis di sisi umat Islam.
Mengetahui kefardhuan membebaskan Palestin dan Baitul Maqdis.
Mendapatkan segala buku, penerbitan dan keluaran yang mendokong isu ini.
Memperelokkan penyampaian maklumat yang diketahui berkenaan isu Palestin kepada anak-anak.
Kedua: Pelajar
Diikat akidahnya dengan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
Dididik tentang kefardhuan umat Islam membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
Mengetahui geografi, sejarah dan politik Palestin.
Mengetahui kewajipannya terhadap saudara-saudaranya di Palestin.
Meningkatkan pengetahuan tentang Zionis dan dididik untuk membenci mereka lantaran mereka adalah manusia yang paling memusuhi kita.
Menjadi teladan dari aspek keprihatinan, pemboikotan dan derma.
Memperkenalkan isu ini kepada rakan-rakan, jiran tetangga, kaum kerabat dan keluarga.
Mendermakan sebahagian dari belanja hariannya dan mengumpul derma daripada rakan-rakan dan kaum kerabatnya untuk Paletsin.
Memboikot segala barangan Yahudi atau Amerika, dan mengajak orang lain untuk memboikot.
Mempersiapkan kerohaniannya dengan solat fardhu berjamaah, qiamullail dan berdoa.
Mempersiapkan fizikalnya dengan praktis latihan fizikal.
Mendidiknya dengan sifat berani dan cintakan jihad.
Memperkenalkannya tentang faktor-faktor kemenangan dan kekalahan.
Membiasakan dirinya untuk berpuasa sehari dalam seminggu.
Hidup dengan al-Quran dari aspek bacaan, hafalan, pemahaman dan aplikasi.
Menyertai kegiatan-kegiatan sukan dengan nama kota atau syuhada’ di Palestin.
Melakukan perjalanan-perjalan an untuk meningkatkan daya tahan dirinya.
Menganjurkan dan terlibat dalam persidangan- persidangan khas berkenaan Palestin.
Menyertai kegiatan-kegiatan budaya dan kajian berkenaan Palestin.
Menghantar mesej peribadi berkenaan Palestin, kepada salah satu majalah atau surat khabar (sekali seminggu).
Menyertai radio sekolah dengan berita atau lagu untuk Palestin.
Menghafal dan mengulangi lagu untuk Palestin.
Menyertai karnival dan keraian berkenaan Palestin.
Mengadakan lelongan produk dan barangan anak-anak untuk disalurkan ke Palestin.
Menyediakan tabung dan album Palestin dan mempergiatkannya.
Terlibat dalam pengagihan album dan tabung, untuk memperkenalkan isu Palestin dan pengumpulan derma.
Mengadakan buku skrap gambar dan maklumat untuk meningkatkan keprihatinan dan kesedaran terhadap isu ini.
Memilih salah seorang saudaranya di Palestin sebagai ikon heroic, mengetahui maklumat berkenaan dirinya, membawa fotonya di dalam dompet, melekatkan foto itu pada nota, buku, dan meja.
Meyakini pertolongan Allah kepada agamanya mengalahkan kebatilan Zionis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment