Saturday, 22 December 2012

IDOLA

Setiap orang pasti mempunyai idola masing-masing betul tak? Peranan idola dalam setiap diri manusia adalah amat penting. Ini kerana ia secara tidak langsung dapat memberikan semangat dan keyakinan dalam diri sendiri. Hidup sebagai manusia di atas muka bumi ciptaan Allah s.w.t yang indah ini, terlalu banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi. Oleh itu, sebagai perisai untuk menempuhi pelbagai rintangan haruslah diiringi dengan semangat yang kental dan berkobar-kobar dalam mencapai kejayaan hidup di dunia mahupun di akhirat kelak. Idola yang tiada tandingnya dimuka bumi ini sudah semestinya nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ia adalah khalifah yang disanjungi dan paling disayangi Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment