Sunday, 23 December 2012
kartun..kartun..kartun... :)
Semua masa kecik-kecik dahulu suke tengok kartun kan? Cuma kartun pada masa kini menggunakan bahasa yang agak kasar dan kadangkala kurang sopan.Mungkin sejak dulu-dulu lagi ketika zaman Sang Kancil dan Monyet, Kampung Boy, Kluang Man, Usop Sontorian dan Anak-Anak Sidek tidak ada langsung individu yang prihatin tentang masalah bahasa sehinggalah zaman kegemilangan Upin dan Ipin pada hari ini. Tak peduli dan tak nak ambik tau dan terus biarkan kartun-kartun bahasa Melayu ini bercakap kurang sopan. Sama juga kisahnya dengan siri kartun 2D pada hari ini seperti Bola Kampung yang masih juga menggunakan AKU dan KAU.
Kata ganti diri AKU dan KAU dalam siri kartun sejak dari dulu.
Cuba kita lihat pula Saladin: The Animated Series (yang juga dapat duit geran kerajaan – yay!) Animasi 3D nya jauh lebih lancar dan cantik. Memang agak melampau kalau aku katakan kat sini yang kualiti gambar Saladin memang dah semakin hampir dengan kualiti Pixar (ya, memang melampau!) Tapi serba-serbinya nampak lebih halus dan cantik. Perbandingan yang paling mudah dapat dilihat ialah bagaimana watak-watak ini berjalan. Bandingkan Upin dan Ipin yang berjalan terkedek-kedek dan terhinjut-hinjut dengan Saladin yang berjalan atau berlari menyepak musuh dengan lebih lancar dan cantik pergerakannya.
Namun siri Saladin ini juga walaupun telah dialih bahasa ke BM, masih menggunakan AKU, KAU dan kadang-kadang KAMU. Apa yang paling sedih dan mendukacitakan ialah kenapa siri kartun import yang ditayangkan di Disney Channel, Nickelodeon, Cartoon Network malah TV9 seperti Spongebob Squarepants, The Fairly OddParents, Dora the Exporer, The Adventures of Jimmy Neutron, The Garfield Show, Courage the Cowardly Dog, The Amazing World of Gumball, Ben 10: Ultimate Alien juga Mr. Bean – Animated Series serta Doraemon, Crayon Shin Chan dan berpuluh-puluh lagi boleh pula menggunakan SAYA dan AWAK setelah dialih bahasa? Apa yang menyebabkan siri kartun terbitan luar negara ini boleh menggunakan SAYA dan AWAK sedangkan Upin dan Ipin serta rakan-rakannya yang lain masih berbangga berkomunikasi menggunakan AKU dan KAU?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment