Saturday, 22 December 2012
Khasiat madu
Tentu kita tahu madu berasal dari lebah yang merupakan salah satu serangga istimewa. Mengapa istimewa?? Kerana namanya dijadikan nama salah satu surah Al-Quran iaitu surah ke-16, An-Nahl, yang bermakna lebah. Secara khusus, surat Makiyyah tersebut di namakan An-Nahl atau lebah, kerana pada ayat ke-68 terdapat Firman Allah SWT yang berbunyi, (ertinya) "Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang didirikan oleh manusia. "
"... Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. "(Surah An-Nahl: 69)
Dalam tafsir Ibnu Katsir diterangkan, madu lebah itu warnanya bermacam-macam sesuai dengan makanannya. Ada yang berwarna putih, kuning, atau merah.Berikut ini beberapa khasiat madu berdasarkan kajian Ibnu Sina:
Menyembuhkan pelbagai penyakit dari yang ringan hingga yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung.
Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menetapkan sekresi, sehingga dapat menyembuhkan penyakit demam.
Madu dan minyak zaitun boleh menegangkan kulit muka dan seluruh kulit badan. Kedua-dua bahan alami yang mendapat perhatian khusus dalam Al-Quran itu mampu menghilangkan flek-flek hitam dan cendawan kulit. Selain itu, madu dan minyak zaitun juga boleh menghaluskan kulit dan mengurangkan kedutan pada wajah.
Madu dan minyak zaitun mampu menghilangkan bau badan yang tak sedap, serta boleh memberikan vitamin pada kulit dan melembabkannya.
Madu juga boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan lain. Mulai dari makanan, ubat-ubatan hingga bahan untuk alat-alat kecantikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment