Saturday, 22 December 2012

Elemen Warna Dalam Kehidupan

Nilai warna... Warna adalah elemen bagi bentuk yang membangkitkan minat umum dan elemen di mana kita amat sensitif. Warna menarik perhatian kanak-kanak dan orang dewasa. Pengunaan berbagai warna sebagai mewujudkan bentuk. Sesuatu warna kelihatan penting apabila berinteraksi dengan warna-warna yang lain. Kombinasi dan susunan warna menyatakan kandungan atau maksud. Penggunaan warna yang berjaya bergantung kepada kefahaman tentang hubungan warna-warna asas. Setiap warna mempunyai sifat tertentu, mewujudkan perasaan hati (mood), atau memberi maklumat tentang reaksi emosi.Menggunakan warna plastik yang semulajadi utk membalikkan kesan terbalik dan membuatnya kelihatan cetek. Penggunaan warna lembut pd bahagian hadapan untuk mengundurkannya. Latar belakang ke hadapan kerana penggunaan warna merah panas. Semua warna boleh diklasifikasi kepada 2 kumpulan; warna panas atau warna sejuk. Merah, oren dan kuning mempunyai hubungan dengan matahari dan api. Sebarang warna yang mengandungi biru, seperti hijau, ungu atau biru kehijauan, mempunyai hubungan dengan udara, langit, tanah dan air (tenang). Kualiti panas dan sejuk dalam warna mungkin berubah oleh warna berdekatannya.

No comments:

Post a Comment