Sunday, 23 December 2012
Facebook dan sejarahnya !
Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook.
Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebilik nya iaitu Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Zuckerberg dilahirkan pada tahun 1984 di New York. Facebook adalah merupakan satu sistem jaringan sosial yang beliau cipta bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar di Universiti Harvard. Facebook direka untuk rakan rakannya yang lain di universiti bagi memudahkan mereka berinteraksi antara satu sama lain dan supaya lebih mengenali sesama mereka.
Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard sahaja.
Konsep asal Facebook dipinjam dari hasil keluaran Akademi Phillips Exeter, sebuah sekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Zuckerberg, yang menerbitkan dan mengedarkan manual bercetak untuk semua pelajar dan fakulti selama berpuluh-puluh tahun, iaitu “face book“.
Facemash
Mark Zuckerberg mencipta Facemash pada 28 Oktober 2003, sebagai pelajar tahun dua di Universiti Harvard. Facemash meletakkan dua gambar bersebelahan sekali lalu meminta para pengguna untuk memilih orang mana yang ‘lebih hangat’”. Untuk melakukan demikian, Zuckerberg menggodam kawasan terlindung dalam rangkaian komputer Harvard lalu menyalin gambar-gambar ID asrama yang sulit.
The Facebook
Pada penggal berikutnya, Zuckerberg mula menulis kod untuk sebuah laman web baru pada Januari 2004. Beliau mengakui dirinya diilhamkan oleh editorial dalam senaskhah The Harvard Crimson mengenai peristiwa Facemash.
Keahlian TheFacebook.com pada mulanya terhad kepada pelajar Kolej Harvard, dan dalam sebulan pertama, lebih separuh jumlah mahasiswa Harvard berdaftar dengan perkhidmatan ini. Kemudian, Zuckerberg disertai oleh Eduardo Saverin (aspek perniagaan), Dustin Moskovitz (pengaturcara), Andrew McCollum (pereka grafik), dan Chris Hughes untuk mempromosikan tapak web ini.
Sehingga kini makin ramai pelabur yang membuat pelaburan di Facebook dan yang terbaru ialah Firma Goldman Sachs sebanyak US$450 juta serta syarikat Digital Sky Technologies sebanyak US$50 juta dalam bentuk mata wang. Pelaburan itu membuatkan harga semasa Facebook ketika ini sudah mencecah US$50 billion (RM153 billion). 25% daripada saham Facebook adalah milik Mark Zuckerberg sendiri.
Fenomena Facebook adalah seperti fenomena internet yang melanda dunia ketika mula-mula diperkenalkan lebih sedekad yang lalu. Antara ketakutan terhadap impak negatif dan harapan terhadap kesan baiknya, mahu tidak mahu kita harus menerima masuk teknologi tersebut. Begitu juga dengan Facebook. Dalam masa beberapa tahun ke depan bilangan penggunanya pasti akan berlipat kali ganda. Tidak lama kemudian, mungkin semua pengguna internet akan memiliki akaun laman sosial masing-masing (pengguna internet pada tahun 2009 ialah sebanyak ¼ penduduk dunia!).
kartun..kartun..kartun... :)
Semua masa kecik-kecik dahulu suke tengok kartun kan? Cuma kartun pada masa kini menggunakan bahasa yang agak kasar dan kadangkala kurang sopan.Mungkin sejak dulu-dulu lagi ketika zaman Sang Kancil dan Monyet, Kampung Boy, Kluang Man, Usop Sontorian dan Anak-Anak Sidek tidak ada langsung individu yang prihatin tentang masalah bahasa sehinggalah zaman kegemilangan Upin dan Ipin pada hari ini. Tak peduli dan tak nak ambik tau dan terus biarkan kartun-kartun bahasa Melayu ini bercakap kurang sopan. Sama juga kisahnya dengan siri kartun 2D pada hari ini seperti Bola Kampung yang masih juga menggunakan AKU dan KAU.
Kata ganti diri AKU dan KAU dalam siri kartun sejak dari dulu.
Cuba kita lihat pula Saladin: The Animated Series (yang juga dapat duit geran kerajaan – yay!) Animasi 3D nya jauh lebih lancar dan cantik. Memang agak melampau kalau aku katakan kat sini yang kualiti gambar Saladin memang dah semakin hampir dengan kualiti Pixar (ya, memang melampau!) Tapi serba-serbinya nampak lebih halus dan cantik. Perbandingan yang paling mudah dapat dilihat ialah bagaimana watak-watak ini berjalan. Bandingkan Upin dan Ipin yang berjalan terkedek-kedek dan terhinjut-hinjut dengan Saladin yang berjalan atau berlari menyepak musuh dengan lebih lancar dan cantik pergerakannya.
Namun siri Saladin ini juga walaupun telah dialih bahasa ke BM, masih menggunakan AKU, KAU dan kadang-kadang KAMU. Apa yang paling sedih dan mendukacitakan ialah kenapa siri kartun import yang ditayangkan di Disney Channel, Nickelodeon, Cartoon Network malah TV9 seperti Spongebob Squarepants, The Fairly OddParents, Dora the Exporer, The Adventures of Jimmy Neutron, The Garfield Show, Courage the Cowardly Dog, The Amazing World of Gumball, Ben 10: Ultimate Alien juga Mr. Bean – Animated Series serta Doraemon, Crayon Shin Chan dan berpuluh-puluh lagi boleh pula menggunakan SAYA dan AWAK setelah dialih bahasa? Apa yang menyebabkan siri kartun terbitan luar negara ini boleh menggunakan SAYA dan AWAK sedangkan Upin dan Ipin serta rakan-rakannya yang lain masih berbangga berkomunikasi menggunakan AKU dan KAU?
chocolate indulgence, Secret Recipe!
Saya tahu kadang-kadang orang tidak suka kek keju kerana bau keju adalah agak kuat. Tetapi kemudian jika selepas menikmati kek keju, terdapat suatu perasaan yang benar-benar sedap tidak terhingga.. :)
Chocolate Indulgence ($ 4,90)
Berkrim dan kaya couventure coklat Belgium. Semestinya yang lazat, mewah, dan menggembirakan. Indulgensi Coklat pastinya berbaloi harganya dengan saiznya. Sajian yang padat membuat beberapa kek di restoran-restoran lain kalah dalam perbandingan. Tetapi kemudian anda mengatakan kuantiti bukan sahaja, kualiti adalah lebih penting. Ahh, ya memang, dan saya boleh memberi jaminan kek coklat di sini mempunyai kualiti yang cukup. Pada $ 4,90 keping, ia sememangnya benar-benar memikat hati!
Bumi kita..
Bumi adalah planet yang ke-5 terbesar di dalam sistem suria dan ia juga merupakan planet yang merumahkan kepelbagaian hidupan termasuk kami sebagai manusia. Lebih-lebih lagi, bumi juga menjadi asas untuk manusia membina dan mencipta pelbagai jenis bangunan, kenderaan dan sebagainya. Bumi secara keseluruhannya, adalah planet yang merumahkan berbilion penduduk manusia dan haiwan dan juga bandaraya yang sentiasa maju. Oleh itu, pernahkah anda berfikir; berapa beratkah planet Bumi?
Tahukah Anda?
- Planet Bumi mempunyai populasi sebanyak 7,000,000,000 (7 bilion) orang
Sebelum kita menangani soalan itu, marilah kita belajar sedikit tentang ‘berat’. Berat sebenarnya adalah kesan daya tarikan graviti terhadap sesuatu objek. Bumi mempunyai daya tarikan graviti yang menyebabkan semua objek dan benda hidup tertarik kepada permukaan bumi. Jika tarikan graviti tidak wujud, kami semua akan terapung di ruang udara kerana tiada daya yang menolak kita kepada permukaan bumi.
ISLAM agama yang indah
Islam diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah SAW secara utuh. Rasulullah menyampaikannya kepada kita juga secara utuh. Allah berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
"Wahai orang-orng yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan dan jangan kamu turuti jejak langkah Syaitan, kerana syaitan adalah musuh mu yang nyata.” (QS Al Baqarah 208)
Sejauh manakah kita meyakini, memahami dan mengamalkan ketiga-tiga ilmu tersebut (Tauhid, Feqah dan Tasauf) ? Maka perbandingan kita bukanlah dengan orang-orang yang sedia ada di masa kini. Sebaliknya, ukur dan bandingkanlah usaha kita selama ini dengan usaha yang telah dilakukan oleh Rasulullah, para sahabat dan salafussoleh.
Allah berfirman di dalam Al Quran:
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada suri tauladan yang baik.” (QS Al Ahzab 21)
Dan Rasulullah SAW bersabda:
“Sahabat-sahabatku laksana bintang-bintang di langit. Yang mana saja kamu ikuti niscaya kamu akan dapat petunjuk.” (Riwayat Ad Daarami)
“Sebaik-baik manusia adalah di kurunku, kemudian yang mengikuti kurun mereka, kemudian yang mengiringi kurun mereka itu” (Riwayat Muslim)
Inilah yang dikatakan salafussoleh yang semua ini sudah tidak ada lagi di zaman kita ini. Walaupun hanya seorang, sudah cukup menjadi contoh kepada kita, misalnya Imam Malik. Tetapi ia juga tidak ada. Oleh karena itu, hendaklah kita lihat sejarah mereka di dalam sejarah, mudah-mudahan akan menjadi panduan kita di akhir zaman ini. Mari kita contoh mereka, terutama sekali Rasulullah SAW untuk menjadi panduan kita di akhir zaman ini dan menjadi tolak ukur kepada kita. Mari kita lihat bagaimana mereka menegakkan berbagai aspek dalam agama Islam.
Pulau Langkawi, Malaysia.
Adakah anda seorang yang gemar melancong? Mari mengetahui salah satu tempat pelancongan menarik yang terdapat di Malaysia iaituPulau Langkawi,adalah satu pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia. Kepulauan Langkawi terdiri dari 65 daripada gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semanjung Malaysia, kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah. Pulau yang dikenali ramai ialah Pulau Langkawi. Pulau Langkawi mempunyai warisan yang begitu unit dan penuh dengan cerita hikayat perwira,burung raksasa, dan puteri jelita dari kayangan. Langkawi dianggap syurga tropika yang mekar dengan tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang terpelihara, Langkawi wujud dengan tidak ada tolok bandingnya di antara kepulauan yang sedia ada di Asia Tenggara. Dengan sejarah alamnya bermula dari 500 juta tahun dahulu, pulau ini terdiri dari rangkaian batu-batan yang unik dan merangsangkan imaginasi pengunjung dengan penuh tanda tanya. Gua-gua dihiasi indah oleh rangkaian 'stalaktit'dan 'stlagmit' menjemput mereka yang berani untk menjelahi gua-gua tersebut. Pantai di Langkawi yang bersih, cuaca yang terang dan ceria sesuai untuk pecinta alam menikmati keindahan laut sambil bersantai dan menjalankan aktiviti sukan laut yang mengasyikkan.
Ustaz Azhar Idrus
Bagi rakyat di Malaysia terutamanya muslim,siapa yang tidak mengenali Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir.
Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak “mempopularkan” Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus.
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.
Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan.
Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik.
Ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya.
Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.
Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar Idrus (Original)Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang.
Gangnam Style?
Bagaikan ‘virus’ muzik 2012, lagu Gangnam Style kini menular di mana-mana sehinggakan dalam masa beberapa hari saja, jumlah tontonan video lagu berkenaan di YouTube mendadak sehingga lebih 60 juta.
Namanya tiba-tiba menjadi sebutan satu dunia. Hanya kerana sebuah klip video yang dia muat turun di laman YouTube, siapa sangka video itu mengubah hidup Psy kepada seorang superstar.
Jika di Korea Selatan, kehadirannya di persada seni bagaikan tidak ‘bernyawa’ lantaran fizikalnya yang tidak kacak, berbadan gempal dan hanya jadi bahan gurauan, berlainan pula pandangannya di sebelah Barat.
Kini seluruh dunia menyanjung keberaniannya tampil dengan satu lagu yang benar-benar menepati citarasa kanak-kanak sehingga warga tua. Buktinya, pelbagai versi lagu berkenaan dimuat turun dan boleh ditonton di YouTube gara-gara popularitinya.
Mendengar liriknya, tidak semua akan bersetuju dengan kehebatan lagu berkenaan kerana hampir semuanya menggunakan bahasa Korea. Tetapi, apabila menghayati melodinya, siapa saja pasti bersetuju lagu berkenaan ada ‘kuasa’ tersendiri dan membuatkan sesiapa boleh bergoyang.
Disingkatkan daripada perkataan Psycho, Psy atau nama penuhnya, Jae-Sang Park, 34, ternyata masih tidak percaya yang itu semua berlaku kepadanya sekarang.
“Selama 12 tahun saya berkecimpung dalam arena muzik Korea dan membuat pelbagai tarian ‘bodoh’, namun peminat tidak sekalipun berpaling kepada saya kerana secara visual, saya memang kalah dengan selebriti kacak lain yang ada.
“Saya cuma dikenali di sana kerana saya tidak terlalu mencuba, tidak dipromosikan malah tidak pernah terfikir pun hendak tembus ke luar negara. Semua yang berlaku sekarang pun hanya gara-gara YouTube mahupun twitter dan inilah dia pembuka periuk nasi sebenar saya.
“Tatkala perasan beberapa ‘superstar tweet’ mengenai saya, saya hanya anggap itu jenaka dan tidak pernah berlaku pun. Memang tidak pernah terbayang pun bukan kerana mereka nama besar di dunia, tetapi inilah impian semua orang untuk memijak pasaran terbesar muzik di dunia dengan menempa nama di Amerika Syarikat (AS).
“Sebaik menyedari ini memang realiti yang sedang berlaku, inilah perasaan paling indah dalam hidup ini,” katanya.
Mereka sepenuhnya koreografi dalam klip berkenaan, tidak hairanlah jika ia mampu memukau perhatian penonton kerana elemennya cukup lengkap dengan lawak, tarian pelik, warna-warni selain nyanyian serta ‘rapping’ yang ditonjolkan. Paling mencuit hati apabila gerak tari seolah-olah menunggang kuda menjadi koreografi utama dalam klip berkenaan.
Sehingga ke saat ini, lagu yang dimuatkan dalam album keenamnya berjudul PSY 6 itu sudah menduduki tangga pertama carta muzik video iTunes. Sudah mengadakan pertemuan dengan pengurus Justin Bieber, Scooter Braun minggu lalu, Psy bagaimanapun mengunci mulutnya daripada mendedahkan isi kandungan pertemuan itu.
Meraih kejayaan tepat pada masanya di kala muzik K-Pop semakin mendapat tempat
di AS, jejaka itu yang ternyata tidak bernasib baik kerana gagal meraih ramai peminat di Korea mengakui tidak kisah dengan perkara itu.
“Sudah menjadi ketetapan untuk mereka yang berbadan kurus, berotot, kacak, comel, tinggi dan semua ciri lain yang tidak ada pada saya diagungkan di Korea. Saya pula jenis yang suka menganggap membuat perkara tidak betul adalah semuanya betul saja untuk saya.
“Itulah dia yang saya lalui dan perjuangkan selama ini dan dari segi visual, muzikal serta apa-apalah, memang tidak bersesuaian di sana. Pendek kata, saya tidak mencapai tahap yang mereka mahukan.
“Memanglah perkara itu menunjukkan keunikan diri saya tetapi pada masa sama, ia boleh jadi negatif juga. Sejak kecil lagi, saya suka berada di depan orang ramai walaupun saya bukan bagus pun menyanyi. Jadi, apabila saya mula kenal penyanyi rap, saya terfikir, nyanyian sebegitu pun boleh jadi muzik?” katanya.
Dilahirkan di Korea, Psy mendapat pendidikannya di Boston University and Berklee College of Music. Dia mula melancarkan album pertamanya iaitu PSY from the PSYcho World! pada 2001 dan muziknya banyak dipengaruhi artis seperti Eminem, 2 Pac, Jay-Z dan Dr. Dre.
Alat muzik tradisional
Bagi pengenalan kepada pelajar,kebiasaannya telah di dedahkan mengenai apakah fungsi beberapa alat muzik dan bagaimana cara memainkan sesebuah alat muzik tersebut. Alat muzik tradisional telah lama wujud di negara ini dan di percayai menerima pengaruh dari negara luar. Terbahagi kepada empat kumpulan yang utama iaitu kordofon (bertali), mambranofon (pukulan), idiofon (perkusi) dan erofon (tiupan). Selain daripada untuk berhibur, alat muzik turut dimainkan semasa majlis khas atau upacara adat yang penuh dengan simbolisme. Alunan dan irama yang dizahirkan daripada alat muzik ini merupakan ekspresi perasaan yang menggambarkan suka, duka, kekuatan semangat dan ketenangan jiwa. Kini, alat muzik tradisional telah mula diperkenalkan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk tujuan pertandingan dan meraikan acara rasmi agar warisan budaya ini terpelihara.
Isu kebanjiran pendatang asing di Malaysia.
Saya selaku rakyat Malaysia merasa amat terkilan dengan berlakunya kebanjiran pendatang asing di negara Malaysia yang indah lagi permai ini. Sungguh, seperti sudah berada di negara asing pula, padahal berada di negara sendiri. Perasaan geram yang menular dalam hati ini sekali-kali tidak dapat saya sangkalkan, tatkala melihat banyak berlakunya kes jenayah terhadap rakyat Malaysia akibat daripada pendatang asing yang berniat jahat.
Isu pekerja asing memang adalah satu topik yang lama di negara kita namun ia tetap hangat diperkatakan sehingga kini. Sejak tahun 90-an, Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing oleh rakyat negara jiran yang miskin. Bilangan pekerja asing yang datang ke Malaysia kian meningkat dari sehari ke sehari sehinggalah menyebebkan ia menjadi satu masalah kepada negara. Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen, jumlah pekerja asing di Malaysia adalah seramai 1.8juta orang. Mereka sebahagian besarnya adalah bertumpu di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Malh, jumlah ini tidak termasuklah mereka yang memasuki Malaysia secara haram dan yang ditahan di pusat tahanan imigresen. Pekerja asing ini kebanyakannya terdiri daripada rakyat Indonesia, Bangladesh, Nepal, Myanmar, India, Vietnam dan Filipina. Biasanya, masalah politik dan dalaman negara mereka meyebabkan mereka terpaksa mencari pekerjaan di luar negara untuk mengubah nasib mereka. Mereka berkhidmat dalam sektor pembinaan, pembuatan, perladangan, pembantu rumah dan pertanian.
Punca kedatangan pekerja asing ke Malaysia adalah disebabkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding di negara asal mereka. Pekerjaan yang terdapat di Malaysia mampu memberi pendapatan yang tinggi sehingga ribuan ringgit sebulan. Wang tersebut boleh dikirim ke negara asal mereka untuk menyara keluarga. Selain itu, faktor yang menggalakan kedatangan pekerja asing ialah permintaan yang tinggi terhadap pekerja asing oleh majikan tempatan. Hal ini kerana upah yang menggaji pekerja asing adalah jauh lebih rendah daripada pekerja tempatan. Keadaan ini ditambah pula dengan pekerja asing yang sanggup melakukan kerja berat dan mampu bekerja dengan jangka masa yang panjang berbanding pekerja tempatan yang lebih gemar pekerjaan yang senang lenang dan bergaji tinggi. Tambahan pula, keamanan dan kemakmuran negara kita mendorong kebanjiran pekerja asing di Malaysia. Keadaan di negara asal mereka contohnya Indonesia dan Bangladesh huru-hara kerana kerap dilanda peperangan, bencana alam dan rusuhan kaum. Ketidakstabilan politik negara mereka juga menyebabkan kehidupan mereka bertambah susah.
Sememangnya kehadiran pekerja asing sama ada sah atau haram ini mampu memenuhi keperluan pasaran tenaga buruh dalam perkembangan ekonomi yang pesat tetapi jumlah mereka yang terlalu besar telah mengundang kesan yang negatif terhadap Malaysia. Antaranya ialah kadar kes jenayah yang semakin tinggi akibat kehadiran pekerja asing terutamanya pekerja asing secara haram. Sesetengah pekerja asing yang tidak mempunyai pekerjaan dan gaji yang tetap, justeru mereka sanggup melakukan jenayah seperti rompakan untuk membiayai kehidupan diri dan keluarga. Kehidupan rakyat Malaysia menjadi tidak aman disebabkan kes jenayah yang tinggi. Di samping itu, wang negara yang mengalir keluar dengan banyak kerana pekerja asing yang bekerja di sini menghantar wang balik ke negara asal setiap bulan. Wang tersebut bukan sahaja tidak digunakan untuk menjana ekonomi negara malah digunakan untuk membangunkan ekonomi negara asal pekerja asing. Keadaan ini memang tidak sihat dan akan merugikan negara dalam jangka masa panjang dan semasa kemelesetan ekonomi berlaku. Dengan bilangan pekerja asing yang ramai juga peluang pekerjaan rakyat tempatan telah dikurangkan. Rakyat tempatan lebih susah untuk mencari pekerjaan dan mungkin akan menyebabkan pengangguran.
Walaupun membawa kesan negatif, kedatangan pekerja asing juga mempunyai kebaikannya. Contohnya, pekerja asing dapat menampung kekurangan pekerja di sektor tertentu yang tidak diminati oleh rakyat tempatan seperti sektor pertanian dan perladangan. Pekerja asing yang bertumpu di Malaysia juga mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran negara dalam pelbagai sektor. Seterusnya proses pembangunan negara akan dipercepatkan dan negara menjadi lebih maju. Imej negara turut ditingkatkan kerana kemasukan pekerja asing di Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang ekonominya stabil dan mantap. Negara dianggap sanggup berkongsi kekayaan dengan negara jirannya serta mempunyai pemimpin dan rakyat yang bersatu teguh demi mencapai matlamat negara. Imej negara yang baik dapat menarik perhatian pelabur asing untuk melabur di Malaysia.
Save Palestin!
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka. Barang siapa yang cuba menghampakan mereka, tidak sekali-kali akan dapat melukakan mereka mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka, sehingga datang keputusan Allah, dan mereka akan tetap sedemikian. Maka para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, di manakah mereka ini?" sabda Baginda: "Mereka berada di Baitulmaqdis dan sekitar Baitulmaqdis."
Kewajipan Keluarga Arab dan Muslim Dengan Isu Palestin
Pertama: Pendidik
Meningkatkan pengetahuan tentang Palestin (geografi, sejarah, dll).
Meningkatkan pengetahuan tentang penceroboh Zionis; mereka adalah manusia yang paling memusuhi kita.
Mengetahui kedudukan Baitul Maqdis di sisi umat Islam.
Mengetahui kefardhuan membebaskan Palestin dan Baitul Maqdis.
Mendapatkan segala buku, penerbitan dan keluaran yang mendokong isu ini.
Memperelokkan penyampaian maklumat yang diketahui berkenaan isu Palestin kepada anak-anak.
Kedua: Pelajar
Diikat akidahnya dengan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
Dididik tentang kefardhuan umat Islam membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
Mengetahui geografi, sejarah dan politik Palestin.
Mengetahui kewajipannya terhadap saudara-saudaranya di Palestin.
Meningkatkan pengetahuan tentang Zionis dan dididik untuk membenci mereka lantaran mereka adalah manusia yang paling memusuhi kita.
Menjadi teladan dari aspek keprihatinan, pemboikotan dan derma.
Memperkenalkan isu ini kepada rakan-rakan, jiran tetangga, kaum kerabat dan keluarga.
Mendermakan sebahagian dari belanja hariannya dan mengumpul derma daripada rakan-rakan dan kaum kerabatnya untuk Paletsin.
Memboikot segala barangan Yahudi atau Amerika, dan mengajak orang lain untuk memboikot.
Mempersiapkan kerohaniannya dengan solat fardhu berjamaah, qiamullail dan berdoa.
Mempersiapkan fizikalnya dengan praktis latihan fizikal.
Mendidiknya dengan sifat berani dan cintakan jihad.
Memperkenalkannya tentang faktor-faktor kemenangan dan kekalahan.
Membiasakan dirinya untuk berpuasa sehari dalam seminggu.
Hidup dengan al-Quran dari aspek bacaan, hafalan, pemahaman dan aplikasi.
Menyertai kegiatan-kegiatan sukan dengan nama kota atau syuhada’ di Palestin.
Melakukan perjalanan-perjalan an untuk meningkatkan daya tahan dirinya.
Menganjurkan dan terlibat dalam persidangan- persidangan khas berkenaan Palestin.
Menyertai kegiatan-kegiatan budaya dan kajian berkenaan Palestin.
Menghantar mesej peribadi berkenaan Palestin, kepada salah satu majalah atau surat khabar (sekali seminggu).
Menyertai radio sekolah dengan berita atau lagu untuk Palestin.
Menghafal dan mengulangi lagu untuk Palestin.
Menyertai karnival dan keraian berkenaan Palestin.
Mengadakan lelongan produk dan barangan anak-anak untuk disalurkan ke Palestin.
Menyediakan tabung dan album Palestin dan mempergiatkannya.
Terlibat dalam pengagihan album dan tabung, untuk memperkenalkan isu Palestin dan pengumpulan derma.
Mengadakan buku skrap gambar dan maklumat untuk meningkatkan keprihatinan dan kesedaran terhadap isu ini.
Memilih salah seorang saudaranya di Palestin sebagai ikon heroic, mengetahui maklumat berkenaan dirinya, membawa fotonya di dalam dompet, melekatkan foto itu pada nota, buku, dan meja.
Meyakini pertolongan Allah kepada agamanya mengalahkan kebatilan Zionis.
Saturday, 22 December 2012
Individu ke-7 Terkaya di Malaysia (Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari)
Baiklah, pada minggu ini, saya akan kongsikan kepada anda semua, 5 fakta menarik serta perkongsian kisah dan prinsip hidup individu ke-7 Terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. Saya yakin ramai antara kita yang mengenali beliau. Beliau juga adalah antara idola saya di mana saya juga mempunyai impian untuk berjaya dan kaya seperti beliau. InsyaAllah. Teruskan membaca.
(1) Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.
(2) (Berkenaan Know Who), bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
(3) Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN. Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.
(4) Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
(5) Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
PROTON jenama kebanggaan Malaysia
Proton ditubuhkan pada 7 Mei 1983 di bawah arahan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. Ia adalah pembuat kereta dominan Malaysia sehingga penubuhan Perodua pada tahun 1993. Berdasarkan teknologi dan bahagian-bahagian dari Mitsubishi Motors, pengeluaran model pertama, Proton Saga mula pada September 1985 di kilang pertama di Shah Alam, Selangor. Mulanya komponen kereta sepenuhnya dibuat oleh Mitsubishi tetapi bahagian perlahan-lahan tempatan telah digunakan sebagai teknologi telah dipindahkan dan kemahiran telah mendapat. 100,000 Proton Saga ke dihasilkan pada Januari 1989.
Pada tahun 1993, model yang dipanggil Proton Wira diperkenalkan berdasarkan Mitsubishi Lancer / Colt. Lebih daripada 220,000 unit telah dijual antara 1996 dan 1998.
Proton Perdana, berdasarkan Mitsubishi Galant / Eterna, pertama kali dihasilkan pada tahun 1995, bertujuan untuk pasaran akhir yang lebih tinggi.
Proton Waja (Proton Impian di UK), yang dilancarkan pada awal tahun 2001, adalah model kereta pertama yang direka bentuk dalaman oleh Proton. Menjelang 2002 Proton memegang bahagian pasaran sebanyak lebih 60% di Malaysia, yang telah dikurangkan kepada 30% menjelang tahun 2005 dan dikurangkan lagi pada tahun 2008 apabila mandat AFTA mengurangkan tarif import kepada maksimum sebanyak 5%.
Dengan pengambilalihan teknologi Lotus pada tahun 1996 dari ACBN Holdings, Proton mendapat sumber tambahan kejuruteraan dan kepakaran automotif. Ini membawa kepada pengeluaran Proton Gen-2 yang kod-nama Wira Penggantian Model (WRM) sebelum pelancarannya. Jen • 2 adalah pertama kereta itu akan dikeluarkan dan dipasang di kilang baru di Tanjung Malim, Perak yang merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Bandar Proton. Loji telah dibuka pada 26 Februari 2005.
Pada 8 Jun 2005, Proton memperkenalkan model kedua yang akan dikeluarkan di Tanjung Malim, cc 1,200 5-pintu supermini, Proton Savvy. Kedua-dua Jen • 2 dan Savvy, adalah model yang MG Rover telah mencari untuk rebadge apabila firma British memeterai rundingan kerjasama dengan Proton. Walau bagaimanapun, ini ceramah usahasama tidak berjaya dan MG Rover kemudiannya runtuh.
Pada tahun 2007, Proton melancarkan kereta sedan baru sebagai gantian untuk Wira Sedan tetapi dengan nama baru, Persona, yang sebelum ini digunakan sebagai nama eksport bagi model di luar Malaysia. Model baru Proton Saga penggantian (nama kod BLM Proton) telah dilancarkan pada 18 Januari 2008. Saga baru adalah berdasarkan platform Savvy, tetapi menggunakan 1.3L CamPro bukannya enjin Renault. Di samping itu, Proton telah memeterai rundingan dengan Mitsubishi Motors sekali lagi, dan ceramah akan positif dan kerjasama yang terhasil membawa kepada pengenalan Inspira dan ceramah akan positif. penggantian Waja berdasarkan Mitsubishi Lancer serta rebadging Proton Persona dan Proton Exora sebagai kenderaan Mitsubishi di pasaran tertentu. Pada 2 Ogos 2008, Proton telah menghasilkan 3 juta kereta sejak tahun 1985, di mana kereta 3000000 adalah Saga generasi kedua.
-PROTON INSPIRA SALAH SATU DARIPADA KENDERAAN KELUARAN PROTON.
Pada tahun 2012, Proton telah melancarkan kereta global pertamanya, Proton Prevé (nama kod dikenali sebagai Proton P3-21A) pada 16 April.
Jom shopping di IKEA !
Saya adalah salah seorang daripada berjuta-juta pelanggan IKEA.IKEA merupakan pasaraya yang berpengaruh besar dalam menjual perabot import berkualiti kepada pelanggan mengikut peredaran masa kini. Meletakkan perabot mereka bersama-sama tidak hanya murah, tetapi juga menyeronokkan besar. Ia adalah seperti mempunyai satu set Lego yang lebih besar untuk berhimpun. Perabot sentiasa dalam keping, dibungkus bersama-sama di dalam kotak yang agak kecil, yang bermakna mereka adalah agak mudah untuk bergerak. Oleh itu, jika anda berubah flat anda, anda boleh membuka perabot anda, mengurangkan saiz mereka dan berpindah ke rumah baru anda. Kami (pelanggan IKEA) seperti melihat ekspo kreatif dan baik dilakukan dengan idea-idea untuk mengatur rumah pangsa dan rumah-rumah kami. Kita tahu bahawa walaupun dengan rata penuh dihiasi kita akan sentiasa mencari sesuatu yang bernilai membeli di kedai. Ini boleh berubah pada masa depan?
Lokasi IKEA di Malaysia ialah Mutiara Damansara,Kuala Lumpur.
Bayangkan berjalan ke kedai IKEA, dan bukannya melihat setiap ekspo dan setiap hiasan yang tersembunyi di bahagian yang berlainan di kedai yang besar, anda hanya duduk dengan perunding dan membincangkan keperluan anda. Perunding juga boleh menjadi satu maya untuk membeli-belah yang mudah. Anda mengambil lawatan maya pada komputer IKEA, melalui semua reka bentuk yang ada, dan memilih perkara-perkara yang anda suka. Seterusnya, pesanan anda sedang dicetak dan anda hanya pergi untuk mengambilnya. Jika anda berasa seperti mewujudkan sesuatu yang unik, ada masalah. Anda menggunakan komputer yang sama dengan mudah membuat perkara yang anda ingin mempunyai, seperti pasu baru dengan warna pemasangan dinding anda, satu cawan asal untuk rakan anda atau plat khas yang dibentuk dengan reka bentuk adat anda.
Sate Malaysia
Gerai sate yang paling terkenal di Malaysia adalah Sate Haji Samuri di Kajang, Selangor yang ditubuhkan pada tahun 1917. Di Johor terutamanya di Muar. Sate dihidangkan sarapan pada waktu pagi. Satay satay-satay tersebut atau steamboat sate adalah variasi sate. Ia terdiri daripada daging makanan laut mentah, atau sayur-sayuran pada lidi yang dicelup ke dalam sos sate mendidih untuk memasak semasa makan. Sebagai salah satu hidangan kebangsaan Malaysia, Malaysia Airlines menyajikan sate Pertama dan penumpang Kelas Perniagaan sebagai pembuka selera pada banyak penerbangan jarak jauh.
Khasiat madu
Tentu kita tahu madu berasal dari lebah yang merupakan salah satu serangga istimewa. Mengapa istimewa?? Kerana namanya dijadikan nama salah satu surah Al-Quran iaitu surah ke-16, An-Nahl, yang bermakna lebah. Secara khusus, surat Makiyyah tersebut di namakan An-Nahl atau lebah, kerana pada ayat ke-68 terdapat Firman Allah SWT yang berbunyi, (ertinya) "Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang didirikan oleh manusia. "
"... Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. "(Surah An-Nahl: 69)
Dalam tafsir Ibnu Katsir diterangkan, madu lebah itu warnanya bermacam-macam sesuai dengan makanannya. Ada yang berwarna putih, kuning, atau merah.Berikut ini beberapa khasiat madu berdasarkan kajian Ibnu Sina:
Menyembuhkan pelbagai penyakit dari yang ringan hingga yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung.
Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menetapkan sekresi, sehingga dapat menyembuhkan penyakit demam.
Madu dan minyak zaitun boleh menegangkan kulit muka dan seluruh kulit badan. Kedua-dua bahan alami yang mendapat perhatian khusus dalam Al-Quran itu mampu menghilangkan flek-flek hitam dan cendawan kulit. Selain itu, madu dan minyak zaitun juga boleh menghaluskan kulit dan mengurangkan kedutan pada wajah.
Madu dan minyak zaitun mampu menghilangkan bau badan yang tak sedap, serta boleh memberikan vitamin pada kulit dan melembabkannya.
Madu juga boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan lain. Mulai dari makanan, ubat-ubatan hingga bahan untuk alat-alat kecantikan.
Elemen Warna Dalam Kehidupan
Nilai warna...
Warna adalah elemen bagi bentuk yang membangkitkan minat umum dan elemen di mana kita amat sensitif. Warna menarik perhatian kanak-kanak dan orang dewasa. Pengunaan berbagai warna sebagai mewujudkan bentuk.
Sesuatu warna kelihatan penting apabila berinteraksi dengan warna-warna yang lain. Kombinasi dan susunan warna menyatakan kandungan atau maksud. Penggunaan warna yang berjaya bergantung kepada kefahaman tentang hubungan warna-warna asas. Setiap warna mempunyai sifat tertentu, mewujudkan perasaan hati (mood), atau memberi maklumat tentang reaksi emosi.Menggunakan warna plastik yang semulajadi utk membalikkan kesan terbalik dan membuatnya kelihatan cetek. Penggunaan warna lembut pd bahagian hadapan untuk mengundurkannya. Latar belakang ke hadapan kerana penggunaan warna merah panas.
Semua warna boleh diklasifikasi kepada 2 kumpulan; warna panas atau warna sejuk. Merah, oren dan kuning mempunyai hubungan dengan matahari dan api. Sebarang warna yang mengandungi biru, seperti hijau, ungu atau biru kehijauan, mempunyai hubungan dengan udara, langit, tanah dan air (tenang). Kualiti panas dan sejuk dalam warna mungkin berubah oleh warna berdekatannya.
Gadget (teknologi terkini)
Pernahkah anda terfikir untuk berinteraksi atau menggunakan komputer tanpa menggunakan langsung peralatan keyboard & mouse? Percaya ataupun tidak, revolusi & perkembangan teknologi IT kini telah membolehkan situasi tersebut berlaku.
Tahun 2010, sekali lagi syarikat gergasi perkomputeran Apple Inc telah menggemparkan dunia dengan pengenalan produk terbarunya iaitu Apple iPad dan dikatakan bakal membawakan trend & persekitaran baru dalam cara kita berkomputer. iPad merupakan produk pc tablet yg julung dihasilkan dalam kelasnya tersendiri dan berjaya terjual sebanyak 300,000 unit hanya pada hari pertama dipasarkan di US. Ini sekaligus membuka mata kepada pengeluar dan pemain komputer utama dunia seperti Microsoft, Google, HP, Dell, Asus, Acer dan sebagainya dalam penghasilan produk PC Tablet di pasaran komputer di masa akan datang.
PC Tablet berfungsi sama seperti desktop PC atau notebook, cuma ia tidak mempunyai keyboard kerana interaksi pengguna bergantung sepenuhnya pada paparan skrin sesentuhnya (Multi-Touch screen) yang berukuruan secara puratanya 7" (lebar) dan 9" (panjang). Namun spesifikasinya telah dikurangkan sepadan dengan design dan bentuknya. Ia tidak beroperasi di atas platform OS yang sama seperti PC desktop & Notebook disebabkan "performance"nya yang agak minimum. Namun dalam penghasilan PC Tablet di masa akan datang, ia akan diperkuasakan dengan OS Google Android dan Windows 7 (kini giat dalam pembangunan khas untuk platform tablet). Ini akan memudahkan kita untuk melayari internet, menonton cerita atau video YouTube, cek email, melihat koleksi album gambar, membaca e-book, bermain game dan sebagainya hanya dalam keadaan duduk, baring ataupun ikut keselesaan diri anda semua.
IDOLA
Setiap orang pasti mempunyai idola masing-masing betul tak? Peranan idola dalam setiap diri manusia adalah amat penting. Ini kerana ia secara tidak langsung dapat memberikan semangat dan keyakinan dalam diri sendiri. Hidup sebagai manusia di atas muka bumi ciptaan Allah s.w.t yang indah ini, terlalu banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi. Oleh itu, sebagai perisai untuk menempuhi pelbagai rintangan haruslah diiringi dengan semangat yang kental dan berkobar-kobar dalam mencapai kejayaan hidup di dunia mahupun di akhirat kelak. Idola yang tiada tandingnya dimuka bumi ini sudah semestinya nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ia adalah khalifah yang disanjungi dan paling disayangi Allah s.w.t.
HTML..
SALAM...
HTML (Hypertext Markup Language) ye..ini adalah topik yang terakhir bagi kelas Aplikasi Komputer EPPD1063. Sekejap sahaja masa berlalu. Kelas Aplikasi Komputer set 1 adalah antara kelas yang paling best pernah saya pelajari. Anda ingin tahu kenape? Sebab... pensyarah saya iaitu Dr Zaleha, dia seorang sangat baik, cool jer.. tak pernah nak marah2..belajar pun tenang jer..conclusionnye, memang terbaik! thanks Dr. Zaleha. :)
Tak lame lagi beliau akan melahirkan baby..insyaa Allah due date dalam bulan 1 tahun depan ( tinggal beberape hari lagi jer dah nak masuk Happy New Year ni). 3 hari lagi dah Krismas Day. Saya doakan semoga Dr. Zaleha dipermudahkan bersalin dan mendapat baby yang comel! hehe.. Yang best skali saya ingin highlight disini ialah baby Dr. bakal berkongsi bulan kelahiran dengan saya, bulan Januari..yesss..hehe. Lagi excited bile dengar dr cakap maybe dia akan bersalin awal, kalau awal mesti dekat dengan tarikh birthday saya iaitu....jeng jeng jeng(suspen sikit)..3 aribulan 1 tahun 1989..hehe.
Dah makin tua dah rupenye saya ni..(tapi orang selalu cakap
saya mude lagi, hehe.perasan jap)So..maka dengan ini saya dengan agak sedih mengumumkan bahawa saya akan memasuki alam dewasa dan memegang gelaran wanita ataupun dalam bahase omputih WOMEN.hihihi..dah tak boleh nak budak2 sangat dah..kena lebih matured lagi. Nanti baru la orang akan respect, betul tak? Ape2 pun, please wish me luck for the next semester..thanks!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)